JellyPages.com

Friday, January 14, 2011

membetulkan definisi..

pertama sekali, ribuan maaf aku minta dan kalau ribuan itu tidak cukup, maka jutaan ampun pula aku hulurkan kerana ketiadaan masa aku untuk meng-update blog ini,haha.. tapi,aku rasa kamu semua jelas,sebenarnya ketiadaan masa itu bukan alasan..tapi,sebenarnya aku yang tidak punya idea untuk aku coretkan di sini,haha..sekali lagi,bukan pula tiada idea itu alasan,tapi kemalasan pula punca aku tidak muncul sekian lama..mohon maaf kerana kamu,stalker2 tegarku, yang mungkin sentiasa ingin bertandang di sini tetapi tiada pula post yang baru,haha..


itu silap aku,definisi aku yang salah,haha..
kamu kamu,walaupun aku tidak meng-update blog, tapi aku sentiasa juga men-stalk blog2 kamu,haha..jangan risau,kita ini sama..stalker tegar,=)..


maka wajar kali ini aku membetulkan definisi aku..kadan2 aku hairan dan kadang2 sampai pening kepala juga kerana kamu mampu untuk membuat banyak post baru dan aku pula??hahaha..


setelah berfikir dengan agak lama,baru aku tahu,aku kira blog ini sekadar ingin memberitahu dunia tentang apa yang kita rasa kita perlu beritahu,tapi sekarang,sepatutnya aku mencurahkan apa yang aku rasa kepada blog ini..sebenarnya,bukanlah untuk membuka pekung di dada ataupun menceritakan kisah hidup kita kepada dunia..tapi,sekadar ingin mengosongkan minda kita yang berkapasiti kurang 8GB ini,haha..coretkan lah pada blog,blog ini memorinya banyak,hahahaha..


padanlah kamu kamu mampu menghasilkan banyak post,terima kasih,sekarang aku tahu..dengan entri ini,tidak pula aku berjanji akan meng-update setiap hari tapi mungkin akan lebih kerap kerana jika disimpan dalam hati,hati ini mampu pecah(sekarang pun terasa berat,kalau ditimbang mungkin sampai juga 20kg,hanya untuk masalah2 dunia..) haha..

ok,idea kian hilang..ayat pun sudah mula tunggang terbalik,haha..

sekian,harap difahami..

No comments:

Post a Comment