JellyPages.com

Sunday, March 20, 2011

13march2011

kerana sibuk, bukan sibuk mana pun, sibuk malas, haha. maka post ini baru mampu aku buat hari ini.

13 march 2011.

tarikh itu adalah istimewa kepada seorang insan yang istimewa di dalam hati aku.

hari jadi, hari dijadikan, hari jadian. eh? haha. ataupun happy birthday.
mariam binti amruddin. my childhood and forever bestfriend.

ini ialah hari jadi yang ke 21. pada definisi aku menurut kamus hidup siti khairunisah,
hari jadi yang ke-21 ini lain sikit. dia macam lebih-lebih istimewa lah berbanding yang lain. sebab, 21. kira transition ke dewasa lah kononnya, haha.

apa sebenarnya aku mahu cakap?
aku mahu beritahu apa aku buat untuk birthday my dearest bestfriend ini.

it's not much actually, but at least i want her to feel special and loved.

sebenarnya cuti tahun baru cina hari itu, aku pergi ke JB untuk mengatur birthday cake dia lah, and yang seorang lagi tu, si mr.kamu-tau-dia-siapa. it comes out that aku tidak jumpa kedai cake yang mahu buat cake yang aku mahu untuk mereka ini. jadi, aku pulang ke pahang dengan hajat yang tidak kesampaian.

lagi haru, setiap hujung minggu aku untuk mac 2011 penuh! which means i can't find ways to go to JB untuk celebrate birthday mar pada minggu ke-2 mac and mr.kamu-tau-dia-siapa pada minggu ke-3 mac.

so, aku pun suruh lah a friend of mine there, miya, untuk belikan mar cake.
hari tu aku ada tanya-tanya mar, apa kek yang dia suka di secret recipe. (walaupun aku tidak pernah langsung makan secret recipe, still, aku mahu yang terbaik untuk birthdaynya,hehe.) and she said "chocolate indulgence" and i said "oh!" haha.

pada awalnya, aku mahu miya bagi kek itu pada malam 12th march, means tepat jam 12 malam lah, tapi mar cakap she's having camping on her birthday. so, aku pun tukarlah plan, biar si miya bagi dia on 13th saja lah, yang penting bagi.

cerita dipendekkan,
dia pun dapatlah kek tu, and yes, mar cakap dia gembira amat! and, aku pun puas hatilah! it is a best feeling. that feeling, bila kita buat sesuatu supaya prang yang kita sayang happy,hehe.

so, tiada pula gambar aku boleh upload di sini sebab aku tidak nampak pun kek tersebut. tapi mar ada upload, in her blog. anda boleh tengok, di sini .

kesimpulannya, my bestfriend happy, saya happy. her 21st birthday is a blast, wonderful and unforgettable. so,mission accomplished. alhamdulillah.

to mariam amruddin,
happy birthday,dear. you grown up so much already. so much 13th march we've pass by, about 11 of it, is it? i hope i manage to make you smile even just for a while on the 13th march every year, and all the following years coming. i always pray for your success and happiness. and for what you are before this, now and after this, i am proud of you and always will be. you are amazing, just the way you are. I LOVE YOU.


Sunday, March 6, 2011

ke mana duit saya pergi pada minggu ini..*ketawa kuat-kuat

pada minggu yang lepas....eh?macam rupa karangan aku semasa darjah 6,haha..

pada minggu ini,sepanjang minggu ini,ada banyak offer barang-barang yang cukup indah yang memikat hati aku untuk membuang duit aku yang sudahlah tidak seberapa banyak ini,haha..

1st offer..
ini bukan gambar saya,ini gambar orang yang menjual cincin ini..harap maklum..

yeah,cincin vintage,you all..mampu?kau mampu resist?hahahaha..aku nampak ja,tanpa berpikir separuh kali, aku pun terus cakap "mahu!" harga rm15..berbaloi sangat..maka,jadilah ia harta vintage ku yang pertama..terima kasih kak aina!

2nd offer,


hah,jatuh kan jantung tengok kasut ini?yaaa,aku pun jatuh jantung hari tu,tapi sudah kutip balik,hehe.. at first, aku tiada jodoh dengan kasut ini. aku lewat 5 minit saja dari orang yang sepatutnya beli kasut ini. aku beli online, dari senior aku dalam tarian. esoknya, kak eqa ni message aku through FB, "nak kasut tu tak?". at first, aku was-was juga, duit kan tidak banyak,haha.. tapi atas dorongan roommate tercinta, aku pun, "ya!mau!"

price,rm55..hah?jatuh jantung lagi?hahahahaha..just rm55! worth it yawww..

and the last one,





comel kan?hehe..rm25.

seriously, aku rasa aku sudah jatuh cinta sama owl. sama apa? ya,burung hantu!
sampai time kelas,pernah aku termenung-menung jauh, betapa cantiknya kalau aku berjalan, memakai cincin burung hantu, rantai burung hantu, then ada burung hantu di bahu aku, yang real! tapi,mau owl macam harry potter punya,hehe..jauh kan aku mengelamun?sangat-sangat comel!

so,that's all..=) hahaha.

Tuesday, March 1, 2011

indahnya hidup, bila ada sahabat..

"One day, love and friendship met on the road of life.

Love asked: "What's your use when I already exist?"

Friendship smiled and said, "I'm here to make people smile when you make them cry."

FRIENDSHIP..PERSAHABATAN..PERKAWANAN,ada kah?hehe..

kalau mahu bercerita tentang yang satu ini, tidak cukup rasanya ruangan "bellog" ini..
kalaupun ingin dimuatkan, mungkin akan berterusan sehingga part ke- 1000..haha..
tapi,cukuplah kiranya jika aku berkongsi rasa tentang yang satu ini..
kongsi sedikt pun jadilah kan?
kan,kita kawan?
hahaha..
sharing is caring,kan?

here it goes..
bagi aku, kawan ini banyak jenisnya.. bukan lah mengklasifikasi mahupun mengasingkan pangkat atau darjat kekawanan kita..
tapi, sudah realiti..terima saja lah,hehe..

ada kawan yang ketawa dengan kita,tapi tidak menangis dengan kita..
ada kawan yang akan bersama kita tidak kira untuk menangis mahupun ketawa,
ada kawan yang sekadar berlaga bahu, setakat bertukar senyuman di jalanan,
ada kawan yang bagai halimunan, terduduk diam di tepi kita, menjaga kita, tapi kita tidak pernah sedar..(this one,mengharukan ok..please appreciate them)
ada kawan..
ada kawan..

aku,
kawan apa yang aku ada?

aku ada seorang kawan, sahabat, soul sistah, bidadari!
bestfriend sejak umur 10..
selalu, sentiasa, selamanya ada untuk aku..
biar pun dalam diam, aku tahu dia ada..sentiasa ada..

aku,
ada kawan yang akan sentiasa sudi mendengar rintihan seorang pari-pari yang jatuh tersungkur..yan sedia menerima jatuh bangun aku..yang akan senyum untuk aku..yang akan nangis untuk aku..yang akan buat apa-apa untuk bahagiakan hati seorang siti khairunisah..

aku,
ada seorang sahabat..
biarpun baru kenal..
tapi,bila aku sakit..dia datang membawa setapau makanan..
bila aku tersungkur, dia datang membawa satu bar coklat mars dan sebotol mountain dew..
bersama nota yang bertulis,
" bila aku sedih, aku makan ini..jadi, aku harap kau tak sedih lagi...<3"
bila aku membebel, dia dengar..
bila aku diam, dia bercakap tanpa henti,haha..

aku,
ada seorang sahabat..
bila aku marah, dia belikan aku patung..
turn me speechless and rasa bersalah yang amat..

aku ada sahabat,
yang biarpun aku buat cerita yang basi, yang hari-hari mereka dengar,
mereka akan tetap mendengar dengan perhatian..
yang biarpun aku buat lawak ketinggalan zaman,
mereka akan ketawa dengan sesungguhnya..

aku ada sahabat,
yang lapkan air mata aku bila aku menangis tidak berlagu..
yang buat aku ketawa supaya pilu aku reda..


aku ada sahabat,
yang baru aku kenal,
tapi lagak kami seperti sudah kenal lama..
ketawa,menangis dengan aku..
mereka, yang asalnya asing,
menjadi seperti keluarga..

aku ada kawan,
yang menjadi suara-suara kekuatan aku..
yang seimbangkan kelemahan aku..

aku ada kawan,
yang akan sentiasa ada,
duduk diam,
di tepi aku..


baru atau lama,bukan perkiraannya..

"it doesnt matter who comes first, what matter is who comes and never leave"

kamu,
yang sudi berkawan dengan aku..
yang sudi terima baik buruk aku..
terima kasih..
terima kasih bidadari-bidadariku..

saya sayang kamu..

ini dari aku..

hard times don't last forever,
but true friendship do,
i'll always be there,
for anything you need,
even if its just to listen..

salam sayang,
pari-pari patah sayap..