JellyPages.com

Friday, January 14, 2011

bilamana aku rasa,aku mahu cinta itu..

pagi jumaat yang indah,dengan yakin aku rasa hari ini tiada lab(makmal)..maka aku pun rasa gembira,gila2 punya gembira,haha..konon ingin outing hari ini,dengan menaiki bas sahaja(rasa malas mau drive),tapi bila aku selak langsir..oh,mendung pula..lantas,aku capai hp dan menghantar mesej kepada pemilik2 kereta sewa,oh,mulut aku lancar sahaja mengeluarkan "bodoh,10 mesej aku hantar,tiada 1 pun reply!bukan susah untuk taip 'x'..!!" maka,tidak jadilah aku outing..jadi,aku on lah laptop ku,dan buka FB..tiba2,ada mesej dari page kelasku yang dihantar semalam tetapi aku sudah log out masa itu "esok ada lab ye"..hahahahahahha..maka "bodoh" sekali lagi,tapi kali ini untuk diriku pula,ahhahaha..lab pertama sudah aku eskep,oh! dan mana pergi kawanku yang seorang itu,aku kira dia pun tidak dapat info tentang lab,sekali lagi aku capai hp dan call dia...ada perempuan lain yang jawab(voicemail)..hmmmmmmm,aku merajuk sebenarnya dengan dia,haha..tapi,aku faham,dia punya masalah,ah,biarkanlah...


ok,cukup untuk itu..


bilamana aku mahu cinta itu..
serius aku mahu..
aku mahu orang tau aku siapa di hati dia,ataupun di hidupnya...
untuk diri aku dan dia,kami jelas tentang posisi kami..
tapi,di mata kamu2,semuanya kabur2!
maka,aku mahu,aku mahu orang tahu..
aku mahu orang lain tahu juga....


aku mahu,orang tahu 'eh,lelaki itu,siti khairunisah punya..'
bukan tamak,bukan mengongkong..
tapi,hmmmmm..


dan hmmmmmmm lagi..
tapi siti khairunisah,betulkah itu yang kau mahu..


tapi,tiba2 aku rasa..
selesai kah masalah kalau kami berdua kembali,(bukan masalah antara kami,kerana kami tiada masalah,haha..maksud aku,masalah dunia)
akankah keadaan menjadi lebih baik,
dan untuk diriku pula..
yang sekarang sibuk mengejar cita2,
sibuk mengatur jadual belajar dan event2,
sibuk mengejar dean list!!
mampukah aku untuk menjadi kekasih terbaik nanti..


ya,aku mampu,
tapi otak yang sudah serabut,mungkin menjadi lebih serabut..
aku,gadis kecil ini(yang tidaklah kecil sangat,haha),
punya banyak komitmen..
rasa untuk keluarga,
rasa untuk teman2,
rasa untuk pelajaran,
rasa untuk diri sendiri,
rasa untuk dia(yang walaupun bukan berstatus BF,tetapi dia masih antara terpenting dalam hidup)..


aku melihat rakan2 yang sudah berpunya,
bahagia juga aku bila mereka bahagia,
rasa kagum pun timbul juga,
"wah,mereka mampu mengendalikan semuanya.."
aku juga mampu..tapi mungkin nanti jadinya tidak perfect..
biarlah,biarlah..


Allah lebih tahu kan,
perjalanan hidupku,
perjalanan hidupnya,
perjalanan cinta kami..


biarlah,biarlah..
sesungguhnya rasa antara kami berdua,
baik dari dia,mahupun aku,
cinta itu ada...namun keadaan mungkin belum sesuai..


kerana kami,insan2 yang dahagakan kejayaan yang jitu,bukan sekadar kejayaan ala kadar..
kerana kami berdua, tahu kami perlu lakukan ini untuk keluarga dan juga untuk diri kami masing2,
ingin kejar kepuasan mendapat result yang membanggakan,
kerana kami bukan dilahirkan sebagai genius,kami perlu usaha..


dahulu,hanya dia yang begini,sebab itu dia mengetepikan cinta untuk sementara,
dahulu aku tidak paham..
tapi sekarang,aku sudah faham..
maka,kami berada dalam bot yang sama,
"in the same boat" kata orang putih,hehehe..


sebab kamu2,aku tidak hebat macam kalian..
serius jeles melihat kamu2 berdua dengan insan tersayang..
ah,bukan aku tiada insan tersayang..
aku ada dia,hahaha..
tapi aku tiada title 'in relationship' saja..


biarlah,yang maha Esa lebih tahu..

No comments:

Post a Comment