JellyPages.com

Friday, July 19, 2013

Solat di Masjid tertua dan terbesar Beijing, China.

Assalamualaikum, salam jumaat, selamat segala selamat.

Seperti yang ramai maklum ataupun tidak maklum, gue ini berpeluang ke China selama dua minggu mulai 29jun-14julai yang lepas atas urusan Universiti. Maka, sempatlah juga berpuasa beberapa hari di perantauan.

Memang banyak pengalaman lain yang boleh dikongsi. tapi, memandangkan hari ini hari jumaat dan apa yang mahu dicerita ini pun berlaku exactly seminggu lalu dan tiba-tiba kerajinan datang, gue mau share lah kunun pasal pengalaman gue bersolat di Masjid tertua di China, Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan.



Jumaat lepas, saya dan rakan-rakan berpeluang untuk pergi ke Masjid tertua dan terbesar di China, yang bernama Masjid Niujie. Kenapa namanya niujie, menurut yang saya google, :p

"Masjid Niujie (bahasa Cina: 牛街清真寺; pinyin: niújiē qīngzhēnsì) adalah masjid paling tua dan bersejarah di Beijing, ibukota negara Republik Rakyat Cina (RRC). MASJID Niujie. Niujie ertinya ‘Jalan Sapi atau lembu.’ Kerana sejak dulunya warga di wilayah ini menjual masakan halal, terutama yang menggunakan bahan baku daging lembu atau sapi. Justeru tidak hairan jika kawasan ini dipenuhi oleh restoran-restoran Muslim. Berada di dalam area kompleks seluas lebih kurang 6,000 meter persegi."

Terima kasih diucapkan kepada Mr Chong, pensyarah pengiring kami yang walaupun bukan beragama Islam tetapi telah mengaturkan perjalanan untuk membawa kami ke sini. Kebetulan pula hari jumaat kan, jadi alhamdulillah berpeluang juga tiba pada masa zuhur, masa solat jumaat. namun, kami tiba awal sedikit dalam 1245 tengah hari(waktu Malaysia dan China tiada perbezaan) dan waktu solat jumaat adalah pada 1330 petang.. tapi, betapa memahaminya Mr Chong dan rakan-rakan non muslim yang lain apabila mereka willingly mahu menunggu di luar masjid(ada yang memakai short pant masa itu dan short pant tidak dibenarkan masuk) dan memberi kami masa sehingga 2 petang. Kami cukup tersentuh dengan kebaikan dan kehormatan yang mereka beri terhadap kami yang berbangsa Islam.

Semasa melangkah masuk ke dalam masjid, hati terasa syahdu dan sayu, lagi terdengar alunan bacaan al-quran sebab sudah dua minggu di negara orang dan tidak berpeluang ke mana-mana masjid dan dua minggu jugalah tiada terdengar walaupun secebis salam melainkan daripada antara rakan-rakan sendiri.

It is kind of an amazing experience to see saudara semuslim dari negara yang lain. Muslim dan Muslimah di China adalah lebih cerah, cantik dan kacak berbanding orang cina di sana. Semasa kami masuk, kami lalu bahagian solat lelaki dan kebanyakkan sedang menunggu waktu solat jumaat, mereka membentangkan sejadah di halaman luar masjid saja. Muslimin di sana semuanya memakai kopiah berwarna putih semasa berada di dalam masjid, songkok tidak kelihatan. dan sewaktu pergi ke ruangan perempuan pula, nampak perbezaan cara kami berpakaian dan mereka, dari cara bertudung sehinggalah pakaiannya.

Bangunan masjid tiadalah kubah berbulan dan berbintang, kalau dari luar rupanya seperti tokong cina juga tapi bezanya terdapat banyak ukiran ukiran tulisan jawi lah.

uniknya semasa melangkah masuk ruangan solat perempuan, sudah terdapat ramai warga tua berbaju serba putih dan duduk di ruang yang ada meja. mula-mula tu fikir dorang baca al-quran atau baca buku. kami ni terus-terus lah solat zuhur sekali jamak dengan asar, siap bertelekung. hairan juga kami, sebab tiada seorang pun mereka yang solat atau apa. rupanya dorang pun tunggu masa solat jumaat. masa menunggu tu, tidak sepatah pun dengar orang bercerita sebab kalau ada yang bercerita akan ada orang yang menegur.

selepas kami solat, kami pun tunggulah di dalam masjid tu. dengar khutbah dalam masa mandarin. terus tiba-tiba masa iqamah, bangunlah mereka semua ni. mungkin sebab mazhab berbeza maka perempuan-perempuan di sana pun turut solat jumaat. dorang solat pun tidak pakai telekung, cukup berstokin dan menutup segala kecuali muka dan tapak tangan. dan ramai warga tua yang berrbaju serba putih yang duduk di meja saya cakap tadi tu, adalah mereka yang mengerjakan solat secara duduk. Amazing kan, even tempat solat duduk untuk mereka yang tidak berkemampuan turut disediakan.

video di atas tu saya mau tunjuk cara bacaan ayat di sana saja.

dan seterusnya ini gambar-gambar masa dalam masjid itulah.

 ini gambar sewaktu baru masuk masjid. 





 see, 1613, lamanya sudah masjid ini.


 yang bertelekung tu kami-kami.

ini yang ruangan solat duduk tu.


dan ini pula kami yang beramah mesra konon nya dengan makcik makcik di sana. they can speak a few malay words like selipar. :p



amboi macam gambar raya pun ada, hehe. 

ini pula gambar secara panorama yang sempat saya ambil.


lebih kurang jam 1.50 petang, kami bergerak keluar dari masjid. di luar masjid pula, sayu melihat ramai pengemis, katanya berbangsa Islam dan memberi salam tapi macam ragu-ragu pun ada sebab kenapa mereka tidak solat jumaat kan. Makcik tadi pun pesan, jangan beri apa apa. tidak lama lepas tu, ternampak ada warga indonesia agaknya memberi sedekah, langsung segala pengemis berkejaran ke arah beliau. pemandangan yang agak tidak cantik lah dilihat sebab depan masjid kan. itulah gunanya ada polis di hadapan masjid, jadi polis-polis China pun bertindak. 

Sementara menunggu pelajar-pelajar lelaki keluar, kami menunggu di pinti hadapan. masa itulah mata scanning scanning, memang semuanya handsome-handsome ya ampunnnnnnn. :p




jadi, itulah sedikit sebanyak sharing yang saya ada.

knowing that I might not be here anymore, but still I keep a wish to come back here if I got another chance.
even I don't have the oppurtunity to perform tarawih when I was in China but being able to experience to pray even for one time is merely extraordinary experience and I am really grateful for this. 

Salam ramadhan. 

No comments:

Post a Comment