JellyPages.com

Monday, May 2, 2011

harus kuat, harus tabah

harus kuat, harus tabah. 100% bukan pasal cinta kepada si dia,ok. haha.

Tiba-tiba Allah tunjuk hikmah kenapa gap exam aku lama sangat. gap itu perlu, terima kasih Allah.
kenapa? rasanya belum perlu aku ceritakan di sini. tapi rasa ini... fuh, hebat, haha. sakit, kalah sakit time break up dulu,haha. notice single nouns di situ? break up bukan break ups, haha. Aku ada seorang saja ex,haha. tiba-tiba masuk hal cinta, haha.

seseorang dalam hidup aku sekarang, perlukan sokongan yang total, dari aku, dari kami sekeluarga. aku sebagai yang sulung, harus bangkit lebih gagah daripada yang lain. kalau aku jatuh, semuanya jatuh.

seseorang ini, dia terlalu banyak memberi daripada menerima. too much giving than receiving, walhal hidup ini perlu give and take. tidak pernah aku jumpa insan yang seperti ini. yang segalanya terlalu baik. dan TERLALU baik itu sebenarnya adalah bencana. kerana terlalu baik itu bermakna, apabila orang lain mengambil kesempatan pun, seseorang ini tidak sedar. people always take dia for granted. style kan bahasa aku? boleh pula ada bm dekat tengah-tengah,haha. malas mau guna him/her. haha.

mungkin juga aku silap, bukan aku saja, tapi semua. kerana dia sentiasa kuat dan sentiasa ada untuk semua, maka apabila dia merintih lemah, orang abaikan kerana menganggap dia bercanda.

dan untuk ini, seseorang ini mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan semuanya, supaya kali ini, semuanya adalah tentang dia. dia perlu rehat daripada dunia yang kejam ini. dia tidak minta banyak, dia minta masa sahaja.

apa yang aku ingin khabarkan pada dunia, sila ambil berat tentang orang-orang yang kamu sayang. ambil berat dengan keluh kesah mereka. mereka yang kamu sangka kuat itu, tidak selamanya kuat. pasti ada masanya mereka akan jatuh. tapi, yang penting, kita harus dan wajibul ghunna untuk sambut jatuh bangun mereka.

bila jadi benda macam ni, lumrahlah,

berair mata bila nampak apa-apa yang related (✓)
menangis sampai mau ampus (✓)
menangis setiap malam sebelum tidur(✓)
tidak boleh bercakap/calling dengan siapa-siapa yang related. kalau bercakap, nangis. (✓)


aih, semuanya pasal nangis ja kan. biasalah, tapi, macam simptom putus cinta saja tu kan? sekali lagi, tidak! hahaha.




tapi, bila benda macam ni jadi, ada juga baiknya, masa macam ini lah, terserlah ikatan kekeluargaan yang kian merenggang dek kesibukan dunia. ada hikmahnya, haruslah ada. hehe.

cukuplah setakat ini.

2 comments:

  1. this entry..buat didy touchng bce..huhu..almost blog sky..slalu buat didy touchng..hihi:))

    ReplyDelete
  2. didy nie, jangan lah touching sangat, hehe. nanti tiap kali tgok muka aku pun kau sedih,hah. love you a lot,babe!

    ReplyDelete