JellyPages.com

Friday, January 28, 2011

kepulanganku..

28/1/2011..0224 a.m..

aku di sini,di sabah,di papar,di rumah,di dalam bilik,dia atas katilku,diselimuti gebar tebal dan ditiup-tiup angin aircond(sebab aku tidak tahu mana kipas yang berada dalam bilikku pergi),sambil menatap skrin untuk bercerita kepada kamu..*sangatlah spesifik details kedudukan yang aku berikan,bukan?hahaha..ayat yang panjang itu cuma satu maksudnya,"aku berada di rumah.."=)

minggu lalu,20/1/2011,adik lelakiku yang ke3 yang bernama amirul patah tangan,jika ada yang tidak tahu,aku ada 4 orang soldier dalam hatiku..4 orang adik lelaki.."alah,patah tangan saja pun?",mungkin itu respon kamu..tapi,dia patah kedua-dua tangannya..tragis?hmmmm..

kalau boleh aku ambil sakitnya itu,aku sanggup..kalau boleh aku bertukar tempat dengannya,aku sanggup..jujur,aku sanggup..adikku yang seorang itu..walaupun mulutnya bising tapi dia punya hati yang sangat murni..hati yang sangat bersih.. kau tidak akan sangka dia yang akan datang membantu apabila kau memerlukan, tapi dia lah yang akan datang, dia lah selalu ada..biarpun dia lah kawan aku bergaduh,tapi aku sayang dia..kakak mana tidak sayang adik,hmmm..

sepatutnya 21/1/11,mereka sekeluarga berangkat ke kuala lumpur untuk berhibur..tapi,namanya malang tidak berbau..kita tidak tahu,jadi,serahkan pada Allah,dia lebih tahu..pasti ada hikmah di atas semua yang berlaku..

jadi,sejak itu,aku runsing berfikir "balik kah tidak,balik kah tidak,balik kah tidak.."..aku tanya ibu,dan ibu jawab "tidak payah,kau di sana saja,pergi jalan2 sekejap,lepas tu belajar.."

hmmmmm,keinginan mahu pulang pun terus mati..jadi aku pun kekal pada plan aku untuk ke JB..adalah urusan yang masih menjadi rahsia,sampai masanya nanti aku bentangkan juga pada blog ini,hehe..di samping mahu berjumpa sang bestie mariam dan sang cinta?haha..

hari pun berlalu dan berlalu..

aku sepatutnya akan berangkat ke JB pada 27/1/2011..yang mana 27/1/11 juga ayahku yang ada conference di kl akan kembali ke kk..

entah macam mana subuh 26/1/11, rasa hati untuk balik kembali memuncak..rasa yang,aku mahu balik,aku harus berada di sana,biar pun untuk sekejap cuma,aku harus ada di sana..aku tahu banyak yang ibu tahan bersendirian,rasa sakit menjaga adik..bukan sakit hati,tapi sakit pilu..tapi tidak sekalipun ibu berkongsi kerana mahu aku tenang belajar di sini..oh ibu,memang kau dicipta untuk kuat begitu kan....

dan tiba2 pada pagi 26/1/11..

aku:"ayah,kakak mau pulang,boleh kan?"
ayah:"bila,nak?"
aku:"esok,sama2 ayah..esok!"
ayah: "ok,sekejap ayah suruh ibu beli tiket untuk kakak.."
aku:"jangan,biar suprise untuk ibu..biar kakak yang beli tiket..ayah bagi details mastercard saja.."
ayah:"ok,nanti ayah sms.."

jadi dan jadi.....dengan nekadnya 27/1/11,aku naik bas dari ump jam 930 pagi..sampai di bukit jalil pada pukul 1230..sambil berlenggang dengan menarik beg roda,aku pun mengambil LRT ke KL SENTRAL..dan terus2 aku menaiki ERL untuk ke KLIA..ayal call aku semasa aku di dalam ERL,dalam nada kehairanan,ayah pun bertanya, "eh,kakak tidak shopping dulu di KL SENTRAL?" aku pun terus terkelip-kelip mata..kenapa aku boleh lupa untuk bershopping?haha..flight aku kan lama lagi,jm7.30 malam..tapi jam 2.30 petang aku sudah tiba di KLIA..aneh kan,serius,setibanya aku di KL SENTRAL, aku dengan yakinnya menuju ke ERL,hahaha..aku pun kehairanan sendiri,kenapa aku tidak shopping?hahaha..

seperti biasa,adegan sesatku di KLIA berlaku lagi..termangu-mangu lah aku,ke hulu ke hilir, entah apa yang aku cari,hahaha..akhirnya,aku duduk dan online,hahaha..4.45 petang,ayah pun tiba bersama makcik dan pakcik..ayah lewat sedikit kerana makcik dan pakcik mengambilnya lagi di SUNWAY..kami makan sebentar sebelum cek in..mee bandung yang aku makan,rupanya macam hanya disiram sos cili,hahahahha..ok ok,cukuplah..

dan aku dan ayah pun check in lah..sambil menunggu,ayah pun tanya "nanti ibu call kau macam mana?", aku pun kelucuan menjawab "nda kan lah ayah,jangan risau,haha"..ayah pula yang takut kan?hehe..then,kami pun fly,fly and fly,hahaha..

tiba di KLIA,sambil menyorong troli,aku dan ayah melangkah ke balai ketibaan,nah,dari jauh sudah aku ternampak ibu dan adik kecilku..dan saat itu.....sungguh,terlerai segala duka,terlerai segala masalah ku yang ku bawa dari UMP,hilang,semuanya hilang..lenyap semuanya tatkala senyuman sang ibu terpancar menyambut ketibaanku yang tidak dijangka..senyumannya bagaikan "baguslah kau pulang,nak..terubat sedikit hati ibu.."..indahnya,ya Allah..tiada yang lebih indah....

ibu:ai?macam mana yang seorang ni boleh terlepas dari pahang?
ayah:biasalah tu,hahaha..

dan ada sebuah kisah yang amazing juga tentang adik kecilku,azam yang berumur 2 tahun setengah..

semasa di airport,dia dan ibu bercerita..

azam:kita ambil kakak juga kan?
ibu:tidak,kita ambil ayah saja..
azam:ada kakak juga,ibu..ada kakak..
ibu:*Senyum...

wah,adikku..hahahahaha..naluri seorang adik mungkin?hahaha..

di dalam kereta,ibu pun bercerita..cerita yang memang aku tidak tahu,yang ibu tanggung bersendirian..kejadian yang berlaku sewaktu adikku yang patah tangan berada di hospital..

hospital papar, doktor yang menyarankan agar adikku ditahan di wad..tetapi apa yang berlaku,selama dua hari,tiada seorang pun doktor yang datang untuk menengok keadaan adikku..dan nurse pula boleh menjawab "biasalah kak,hospital kampung,manalah dorang peduli sangat.." amboi,hebat jawapan??kampung kah bandar,kamu tu doktor,nurse,kerja tetap kerja yawwww..mana pergi sumpah setia kamu tu?ni la maslah hospital kerajaan sekarang..sungguh tidak boleh diharap..kena pula adik aku yang seorang tu agak sensitif,diletakkan di wad biasa jadi banyak lah orang tengok-tengok dia..biasalah,bukan kes biasa,kes berat kan patah kedua tangan..dia pun menangislah sentiasa..ibu mana yang sanggup tengok anaknya terbiar,ibu mana yang sanggup melihat anaknya mengalir air mata..maka,ibu aku pun berkeras mahu mengeluarkan adik aku ke klinik swasta..barulah riuh satu hospital,risau dikomplen ke pihak atasan kan..dasar.....memang dasar........haih...

sampai sahaja di rumah,adik-adik aku dengan terkejutnya bertanya "eh,kenapa kakak ada?",hahahahah..lucu juga melihat aksi mereka..dan aku pun masuk,dan luluhnya aku melihat keadaan adik aku..kebetulan aku ada membeli dunkin donuts,jadi aku suapkan lah dia,kerana dia tidak mampu untuk menyuap sendiri,damn sedih yawwwww..dan aku ini agak ego juga dalam mengalirkan air mata depan orang,hehe..

jadi,kepulanganku.....adalah kepulangan yang bermakna..yang mereka harapkan untuk menyerikan sedikit keadaan..sekurang-kurangnya,rasa senang kerana susah senang kami bersama..susah senang kami bertujuh anak beranak ada..syukur untuk rasa yang sempurna ini,ya Allah..

terima kasih Allah..terima kasih..

sungguh,there are no place like home....=)


4 comments:

  1. ...cik ladymuse nysa, baru ja tbaca nie post, ksian juga tu adik kau, dua2 tgn pla tu?? hmm, sbr la k, kalau aku msti sdih mau mati suda kalau pth dua2 tgn...dan oh ya, anda mmpunyai famili yg baik2, syukur pd Tuhan utk itu, dan ibu anda, God bless her... :) :)

    ReplyDelete
  2. halo boho!iya,kesian juga sama dia,tapi ok sudah sekarang,berubat kampung,hehe..iyalah,memanglah sedih,macam disable terus kan,tapi,hmmmm,tabah saja lah kan,hehe..terima kasih boho..keluarga itu anugerah terindah,bukan?=)

    ReplyDelete
  3. macam mana dgn adik ko?btw..ur mom is such a great mother.strong enough to face all her problem.

    ReplyDelete
  4. anonymous, who are you? my brother is fine. 3weeks, and both her hands are okay. traditional treatment. and yes, my mother is strong.<3 your mother too. every mother are.;) thank you anonymous. thank you.

    ReplyDelete