JellyPages.com

Monday, January 24, 2011

berpada-pada dalam menunjuk-nunjuk

assalamualaikum..salam 1 malaysia....

maaf dipinta,kerana post ini pun berkisar tentang cinta..agaknya aku ini tiada benda lain lagi yang ingin dikatakan...

maaf juga dipinta kerana aku tahu post ini bakal mengguris perasaan, bukan mengguris sebenarnya, tetapi akan mengetuk pintu-pintu hati sekalian....maaf ya?? harus kau simpan di pikiranmu,ini blog aku, luahan pikiran aku, jadi adalah mustahil untuk kau ke blog aku dan mengharap untuk membaca apa yang kau harapkan, membaca apa yang sentiasa kau suka sahaja..

rasa ini, mungkin lebih kepada kurang senang...bukan membenci, bukan menyampah.. sekali lagi, rasa aku dan rasa kau tidak sama...

acapkali,apabila aku melalui ruangan Facebook dan twitter,maka bila sampai ke hari2 tertentu,akan timbul lah post "1 years and 4 months" misalnya....(angka itu adalah rekaan)

aku rasa kau pasti sudah tahu apa yang aku bakal perkatakan,bukan? *senyum..

(jangan risau,sebelum kau mengata,aku akan jelaskan..aku pun dulu begitu..ya,aku mengaku..tapi ingin aku katakan,apabila single begini, kau akan malu sendiri apabila ingat benda tu)

orang-orang selalu cakap, yang indah itu, tidak perlu selalu kau perkatakan, tidak perlu beritahu 1 dunia..tidak perlu terjerit terpekik "dunia,kami bahagia!!!!"..tidak perlu,sayang...tidak perlu..kerana apabaila kau bahagia,dunia sendiri akan nampak..tidak perlu kau canangkan..kerana apabila niat kau itu memang untuk menunjuk, sumpah! sumpah,aku menyampah..haha..dan bukan aku sahaja yang menyampah, ramai lagi yang ikut menyampah.. satu sebabnya,kerana niat kau itu untuk menunjuk, niat itu sudah salah, maka pastilah orang menyampah..

oh,bukan kerana aku jeles kau punya pasangan ya..tidak sekali2..tidak aku mati tanpa boyfriend..biarlah diri ini menanti pemilik yang halal.. maka, diamkanlah mulut mu yang tidaklah seseksi angelina jolie itu untuk menyalahkan aku apabila hatimu sekarang sudah tercucuk-cucuk akibat ayat2 aku..

dan kepada siapa aku tujukan post ini??bukan kepada semua yang membuat benda itu,bukan!
kepada yang membuatnya tetapi memang cinta kamu itu sentiasa bersemi, dari day 1 until the day of 4years 6months(angka adalah rekaan)...tahniah lah juga..sebab kau patut tahu,bukan mudah untuk pastikan cinta itu sentiasa ada,sepanjang masa..serius aku cakap, dalam dunia,mungkin 12.5% sahaja yang cintanya bersemi dari hari pertama sehingga mati kerana peratusan yang lain itu...50% mungkin berpisah dan selebihnya bertahan tetapi bukan kerana cinta,tetapi mungkin kerana setia dan perasaan takut ingin memulakan semuanya lagi dari awal....

dengan tiada rasa bersalahnya,aku tujukan post ini kepada yang tidak segan silu dan lalai,setiap bulan pasti akan mencanangkan berapa lama hubungannya itu tetapi...tetapi sebenarnya mereka di ambang keretakan ataupun sebenarnya rasa itu sudah tidak dikongsi bersama..hanya untuk memberitahu dunia yang "dunia,aku dan dia masih bersama!" aku menyampah,sumpah..

oh,timbul pula persoalan di otak kau nanti "macam mana pula perempuan ini boleh tahu yang kami di ambang keretakan??"

kerana kau buka pekung di dadamu sendiri sayang...kerana hari ini kau post "20 years and 5 months" tapi esoknya kau post "i wish to be loved".. and mulutku dengan lancarnya WTH??

jadi,nyata post ini bukan ditujukan kepada semua orang, aku yakin kau yang membacanya pintar untuk membezakan sama ada kau kah yang aku katakan atau bukan..jadi,jangan merapu dan mencarut aku sebelum kau pastikan adakah dirimu yang aku katakan..

lagi satu,kalau kau tidak buat,kenapa kau terasa..

ada beza antara kamu yang mencanang dan yang diam dan hanya menjawab apabila ditanya..nampak lebih sweet apabila benda ini hanya dijawab apabila perlu..rasa ini bukan dari aku saja, tapi dari majoriti..ini bukan mainan kata..aku serius...

ada yang ingin aku kongsikan..
ada yang berkata, jangan disebarkan sangat berapa panjangnya hayat hubungan kamu itu, kerana makin kamu perkatakan,makin pendeklah dia.. makin kamu bangga mencanangkan, makin cepatlah dia beransur pergi.. kita boleh pikir sendiri,sayang..perkahwinan ibu bapa, atau saudara2 kita..paling2 pun mereka akan cakap pada hari anniversary itu,bukan lah setiap bulan..perhatikan lah sendiri, adakah di kalangan yang sudah berumahtangga itu buat benda macam kau buat? "1 years and 6 months married",ada???? tiada kan?? jadi, sekarang,kau tidak rasa malu kah?? mereka itu pasangan yang sah, yang lagi layak mencanang pasal hubungan mereka pun tidak lah seheboh kau.. tapi kau?? yang sudah lah hubungan belum sah, bila keluar dating, terpegang sana, teraba sini..bila bermesej bercakap pasal benda bukan2, sharing info lelaki dan perempuan lah pula..yang lebih teruk? bertukar gambar yang tidak elok..yang bertudung,bagi gambar yang menunjuk rambut kpda boyfie..oh hellooooo, dia sudah bayar mas kahwin kah untuk kau bukakan segala yang patut kau sembunyikan sehingga tiba harinya?

jadi,sebenarnya...aku cuma ingin membawa kau sedikit ke jalan yang lurus..bukanlah jalanku ini lurus semuanya,tidak..jalan-jalan ku pun masih banyak yang terbengkok sana sini..tapi,sudilah kiranya menerima hasrat murniku ini..kerana aku tidak mahu kau termalu sana sini seperti aku apabila sudah single ini..mana pergi "4years 4 montshs" itu segala..kan??

ada lagi yang aku perhatikan..time couple,berhabis kau post setiap bulan tapi bila break,hilang entah ke mana post2 begitu..kenapa tidak kau tukarkan episod dan post "3 years and 6 months since we broke up"???? kan??

coretan ini bukan lah untuk kau sahaja..coretan ini turut mengenakan batang hidungku yang tidak mancung ini juga..pesanku,simpan-simpan lah rasa bahagia itu sendiri,musngkin ada manisnya..mungkin terasa lebih manisnya..betul aku cakap ni, kalau hubungan kau itu betul,suci,telus, tidak perlu kau canang, dunia akan tahu betapa indahnya kamu bila berdua....

salam perpaduan..haha..

No comments:

Post a Comment