JellyPages.com

Wednesday, October 6, 2010

perigi cari timba??apa sebenarnya??


perigi cari timba..ilham post ini aku dapat melalui satu artikel dari iluvislam.com..aku tidak copy,tapi aku akan mengeluarkan apa yang aku fikir melalui apa yang aku baca dan aku akan petik beberapa ayat daripada artikel tersebut...

jadi,
perigi cari timba..
often ditakrifkan sebagai perempuan yang terkejar-kejarkan lelaki..
soalannya di sini,macam mana yang dikira mengejar??

mulut manusia zaman ini,belum tau pucuk pangkal memang sudah terus me-label orang perigi cari timba..lumrahlah,salah orang semua kita nampak,salah sendiri,ish3x,sudah terang lagi bersuluh pun x nampak,hehehehe..

fenomena sekarang!(please take note)wah,macam lecture la pula,hahaha..
bila seorang perempuan belajar sehingga peringkat tertingi,misalnya master..tambah lagi jika mempunyai kereta sendiri,rumah sendiri,aset yang cukup untuk hidupnya..pokoknya seorang wanita yang bekerjaya..adakah anda fikir dia senang untuk mencari jodoh???

TIDAK!
sebab semakin berjaya dan berdikari seorang wanit,semakin susut pasarannya..kerana lelaki akan merasakn dirinya tidak mampu untuk berganding dengan wanita itu......how ironic..

"Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal"
now,can you see??

apa yang saya cuba sampaikan di sini,seorang perempuan,jika ada berkenan dengan seorang lelaki yang dirasakan baik untuk dirinya,maka tidak salah sekiranya si perempuan yang memulakan langkah..people,stop all the perigi cari timba thing!coz,berbalik kepada masa lalu,siti khadijah r.a juga yang memulakan langkah daripada rasullulah saw..tapi,mesti kena pada caranya..

kenapa??malu??segan??
pernah dengar malu tidak bertempat??
kalau anda malu untuk hal sebegini,maka inilah namanya malu tidak bertempat..
yes,malu sebab orang x buat..

tapi,
lagi 1 fenomena masyarakat zaman ini,
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!

isu yang lagi best?isu tak laku!
bila perempuan yang merisik lelaki,maka kita akan dicakap tak laku..
hey you,buka minda!
"Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class." insyaAllah..

kenapa semua ini boleh berlaku??
sebab mentaliti masyarakat kita ialah macam ini,
"gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. "
jika begitu,baik lagi jadi tak laku kan,sebab jangan risau,ALLAH maha mengetahui..

Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

Biar memilih asal jangan salah pilih.



No comments:

Post a Comment