JellyPages.com

Sunday, March 6, 2011

ke mana duit saya pergi pada minggu ini..*ketawa kuat-kuat

pada minggu yang lepas....eh?macam rupa karangan aku semasa darjah 6,haha..

pada minggu ini,sepanjang minggu ini,ada banyak offer barang-barang yang cukup indah yang memikat hati aku untuk membuang duit aku yang sudahlah tidak seberapa banyak ini,haha..

1st offer..
ini bukan gambar saya,ini gambar orang yang menjual cincin ini..harap maklum..

yeah,cincin vintage,you all..mampu?kau mampu resist?hahahaha..aku nampak ja,tanpa berpikir separuh kali, aku pun terus cakap "mahu!" harga rm15..berbaloi sangat..maka,jadilah ia harta vintage ku yang pertama..terima kasih kak aina!

2nd offer,


hah,jatuh kan jantung tengok kasut ini?yaaa,aku pun jatuh jantung hari tu,tapi sudah kutip balik,hehe.. at first, aku tiada jodoh dengan kasut ini. aku lewat 5 minit saja dari orang yang sepatutnya beli kasut ini. aku beli online, dari senior aku dalam tarian. esoknya, kak eqa ni message aku through FB, "nak kasut tu tak?". at first, aku was-was juga, duit kan tidak banyak,haha.. tapi atas dorongan roommate tercinta, aku pun, "ya!mau!"

price,rm55..hah?jatuh jantung lagi?hahahahaha..just rm55! worth it yawww..

and the last one,





comel kan?hehe..rm25.

seriously, aku rasa aku sudah jatuh cinta sama owl. sama apa? ya,burung hantu!
sampai time kelas,pernah aku termenung-menung jauh, betapa cantiknya kalau aku berjalan, memakai cincin burung hantu, rantai burung hantu, then ada burung hantu di bahu aku, yang real! tapi,mau owl macam harry potter punya,hehe..jauh kan aku mengelamun?sangat-sangat comel!

so,that's all..=) hahaha.

Tuesday, March 1, 2011

indahnya hidup, bila ada sahabat..

"One day, love and friendship met on the road of life.

Love asked: "What's your use when I already exist?"

Friendship smiled and said, "I'm here to make people smile when you make them cry."

FRIENDSHIP..PERSAHABATAN..PERKAWANAN,ada kah?hehe..

kalau mahu bercerita tentang yang satu ini, tidak cukup rasanya ruangan "bellog" ini..
kalaupun ingin dimuatkan, mungkin akan berterusan sehingga part ke- 1000..haha..
tapi,cukuplah kiranya jika aku berkongsi rasa tentang yang satu ini..
kongsi sedikt pun jadilah kan?
kan,kita kawan?
hahaha..
sharing is caring,kan?

here it goes..
bagi aku, kawan ini banyak jenisnya.. bukan lah mengklasifikasi mahupun mengasingkan pangkat atau darjat kekawanan kita..
tapi, sudah realiti..terima saja lah,hehe..

ada kawan yang ketawa dengan kita,tapi tidak menangis dengan kita..
ada kawan yang akan bersama kita tidak kira untuk menangis mahupun ketawa,
ada kawan yang sekadar berlaga bahu, setakat bertukar senyuman di jalanan,
ada kawan yang bagai halimunan, terduduk diam di tepi kita, menjaga kita, tapi kita tidak pernah sedar..(this one,mengharukan ok..please appreciate them)
ada kawan..
ada kawan..

aku,
kawan apa yang aku ada?

aku ada seorang kawan, sahabat, soul sistah, bidadari!
bestfriend sejak umur 10..
selalu, sentiasa, selamanya ada untuk aku..
biar pun dalam diam, aku tahu dia ada..sentiasa ada..

aku,
ada kawan yang akan sentiasa sudi mendengar rintihan seorang pari-pari yang jatuh tersungkur..yan sedia menerima jatuh bangun aku..yang akan senyum untuk aku..yang akan nangis untuk aku..yang akan buat apa-apa untuk bahagiakan hati seorang siti khairunisah..

aku,
ada seorang sahabat..
biarpun baru kenal..
tapi,bila aku sakit..dia datang membawa setapau makanan..
bila aku tersungkur, dia datang membawa satu bar coklat mars dan sebotol mountain dew..
bersama nota yang bertulis,
" bila aku sedih, aku makan ini..jadi, aku harap kau tak sedih lagi...<3"
bila aku membebel, dia dengar..
bila aku diam, dia bercakap tanpa henti,haha..

aku,
ada seorang sahabat..
bila aku marah, dia belikan aku patung..
turn me speechless and rasa bersalah yang amat..

aku ada sahabat,
yang biarpun aku buat cerita yang basi, yang hari-hari mereka dengar,
mereka akan tetap mendengar dengan perhatian..
yang biarpun aku buat lawak ketinggalan zaman,
mereka akan ketawa dengan sesungguhnya..

aku ada sahabat,
yang lapkan air mata aku bila aku menangis tidak berlagu..
yang buat aku ketawa supaya pilu aku reda..


aku ada sahabat,
yang baru aku kenal,
tapi lagak kami seperti sudah kenal lama..
ketawa,menangis dengan aku..
mereka, yang asalnya asing,
menjadi seperti keluarga..

aku ada kawan,
yang menjadi suara-suara kekuatan aku..
yang seimbangkan kelemahan aku..

aku ada kawan,
yang akan sentiasa ada,
duduk diam,
di tepi aku..


baru atau lama,bukan perkiraannya..

"it doesnt matter who comes first, what matter is who comes and never leave"

kamu,
yang sudi berkawan dengan aku..
yang sudi terima baik buruk aku..
terima kasih..
terima kasih bidadari-bidadariku..

saya sayang kamu..

ini dari aku..

hard times don't last forever,
but true friendship do,
i'll always be there,
for anything you need,
even if its just to listen..

salam sayang,
pari-pari patah sayap..

Sunday, February 27, 2011

a week from hell?

waahhhhh..akhirnya....macam lagu anita sarawak,"akhirnya....kini pasti................"
*ketawa kuat-kuat..maaflah aku melalut..

it's sunday,guys! *senyum besar-besar..

apa aku buat hari ahad ini?nothing special lah..just a typical home girls day..cleaning and all that stuff..

aku bukan mau cerita apa yang aku buat hari ahad ini, yang sebenarnya aku mau cerita ialah...apa yang sudah aku lalui minggu ini..*sigh

a week from hell?bolehkah cakap begitu?*tepuk dada,tanya iman..HEHE

it's a mid term's week..and all of my tests is in this week..dush,macam kena tampar,then bangun balik,kena tampar lagi,bangun balik..

secara ringkas,

ISNIN/MOARNDAY..test statistik and quiz analytical chem..
test stats,ok lah..agak struggle juga aku untuk test satu ni..test dalam dewan,jadi memang tiadalah aku buat aksi-aksi meniru..100% usaha aku..kalau ada jawapan yang macam tolol2 tu pun,aku buat sendiri..kalau ada jawapan terbaik,yang macam aku budak 4.0 pun,aku juga tu buat sendiri..HAHA

quiz analy pula..ok..boleh kah fullmark?insyaAllah..tapi serius,aku tiada belajar untuk quiz analy,sebab semuanya fokus dekat test stats,hehe..lagipun,pop quiz..yang tiba-tiba ja dibagi..nasib aku ni tiada sakit jantung..*phew..

SELASA/TEARSDAY..tearsday??no lah..my selasa,go well and relax..nothing much on this day..oh,i have only 1 class on this day..senang kan hidup?HAHA

RABU/WASTEDAY..test inorganic chemistry..jangan cakap lah kalau ini barang, aku masuk kuliah pun macam tidak masuk saja, jadi..aku masuk test dengan agak kosong maybe..aku ambil test tanpa perasaan,the night before pun tiada aku buka buku..this test turn out to be an open book test!*woah!
hebat kan?lecturer yang sepatutnya masuk tu,adalah seorang yang ada jawatan besar lah dalam U aku ini,kami gelar dia diva lagi..sangatlah diva kan,assistant dia yang datang bagi kami test..dia dia siap pesan "rujuklah nota.." macam heaven terus rasanya..sesi copy meng-copy, rujuk merujuk pun berlaku..kami semua pun duduk rapat-rapat macam dewan kuliah tu kecil sangat..

KHAMIS/THIRSTDAY..test technical english..and test industrial and laboratory safety(OSHA)..
test english,ok lah..no comment,hehe..masuk test osha..dush dush..memang rasa kena tampar-tampar lah..kami..KAMI,bukan aku saja..kami masuk tu memang dengan nota-nota lah..dengan harapan boleh lah,MERUJUK..merujuk ya kawan-kawan..tapi,di awal test tu,madam dengan emosinya berkata "saya tak kisah kamu nak meniru, tapi kamu kene ingat, nanti kalau kamu dapat gaji banyak pun,rm5000 pun,mesti kamu rasa tak cukup-cukup, sebab memang ilmu yang kamu dapat tak berkat..and bla bla bla..." dia main psycho lah..aku pun yang teruslah membuat pandangan "apa lah aku mau jawab ni.."..tapi aku ini memang jenis cepat termakan psycho..jadi,memang tiada buka nota kah,membuat percubaan MERUJUK kah,tiada..kecut aku..HAHA..ketawalah kamu kuat-kuat! aku ini memang,nampak saja berani,tapi..choy!penakut dan skema juga..gaya aku ja lebih-lebih..

habis test,aku berjuang pula dengan lab report..yang dihantar pada hari esoknya,jumaat..biasalah kawan-kawan,kerja last minute..apa lah mau jadi sama aku kan?HEHE
lab report aku jadi agak susah sebab experiment group aku tidak menjadi last week..kami buat experiment crystallization..it's a chemistry stuff,well of courselah chemistry kan,sudahnya kos aku kimia industri,hahaha..its an experiment where you have to make crystal,something like that lah..well,crystallization ini lah cara untuk buat diamond..yup,diamond yang diamond tu..hehe..kamu google saja lah kalau mau tau lebih..yang penting experiment group aku tidak menjadi,so aku kena buat discussion extra panjang untuk terangkan kenapa..dan kenapa dan kenapakah tidak menjadi..

JUMAAT/FIGHTDAY..memang fight habis lah..HAHA..test analytical chemistry..the worst test,ok..aku masuk memang dengan 0 usaha..dengan membawa buku teks analytical dalam beg dan kawan-kawan yang membawa nota..haraplah,sekali lagi mengharap untuk MERUJUK..rupa-rupanya,punyalah terkejut!jarak gila kedudukan test kami tu,choy!istighfar aku banyak..kamu bayangkan saja lah..dewan kuliah yang besar tu, 4 orang saja boleh duduk sebaris..then baris satu ada isi, baris dua kosong..baris tiga isi..oh,dengan pesanan "beg letak tepi ye"...dush,macam kena tumbuk..bukan lagi kena tampar,kena tumbuk sudah..HAHA..
test yang 1 jam setengah tu,memang siksa lah..ya,salah aku juga tidak belajar..aku memang jawab guna pengetahuan masa lampau dan berpandukan ingatan sewaktu kuliah saja..tapi kira ok rasanya,penuh juga kertas tu aku jawab..tidak sabar juga rasanya mahu tau markah aku untuk test ini..yala,test tanpa study LANGSUNG..kawan-kawan,buruk kan perangai aku?memang pun..

oh,ada cerita..aku ni kononnya meminta pertolongan budak sebelahku..dalam test kami tu,ada kena suruh buat table..isi-isi nilai..tapi aku tiada idea,haram..haramnya aku tahu mau isi apa..blur! then, "psssttt,minta table!table!"..dia bagi aku periodic table yaww!!!hahahaha..lucu..sebab periodic table memang semua orang dapat..hadoi..moralnya,belajarlah!haha..

malamnya,dengan nekad aku pergi KFC..melantak habis..good food is a good way to release stress yaww!HAHA..

SABTU/SHATTERDAY..doing nothing,di bilik...makan..tengok drama..belek buku sekejap,tidur!

that's how hidup aku berlangsung..bab MERUJUK tuh,jangan lah contohi..ended with aku langsung tiada MERUJUK pun,cubaan yang gagal..moral of the story,belajarlah!belajarlah!

aku rasa bersalah sama ibu ayah..aish,lepas ni,aku belajar..insaf aku..insaf!

aku macam mau bersara sudah dari kerja MERUJUK ni..membuatkan aku ada mantra baru.."biar gagal,jangan meniru.."

ada seorang kawan jawab,"grades is the matter.." tidak kiralah apa caranya..

yes,indeed..grades is the matter..but,sebut pasal karma,berkat...cuak kot!!hahahaha

pandai-pandailah fikir sendiri kan?

happy sunday,guys!

Friday, February 25, 2011

25/02/2011..i still love you..like i did when i was 14..

25/2/2011

update cerita yang boring..kisah aku yang itulah..yang ada mr-you-know-who..
okay,mesti ada antara kamu yang "eh,bukan sudah berakhir?"
and i'll go like this "entahlah.."
*hanya mampu senyum dengan perasaan sendiri kebingungan(ok,aku pun tidak tahu macam mana rupa senyuman itu..)*

it goes like..it is a fullstop..or should i say,it was a fullstop..
memang keras aku..tapi,a big TAPI..tapi pada masa itu saja..a big HADOI..
*sigh and sigh until tired..

bila aku tidak mahu,dia datang..
bila aku mula lupa,dia datang..
datang berhabis..
lagaknya macam aku satu-satunya yang dia mahu...
memang,memang aku yang dia mahu..
tapi..macam mana..
macam mana bila dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu..
dan lagi,dia tidak tahu apa dia perlu...

kau perlu aku,sayang...
kau mahu,aku...
it is obvious..hmmm?

dan..bila pula aku sudah mula melayan...
mulalah dia hilang balik..
mulalah macam aku pula yang mengejar..
lagaknya tiba-tiba vice versa..
jadinya aku yang berhabis mahu dia..

memang kita ini lelaki dan perempuan berbicara bahasa yang berlainan kan?we do talk different language..

aku sampai beli buku "men are from mars,women are from venus" supaya aku dapat sort out what the hell is happening between me and you..how can i improve this relationship..

*ketawa dan tersengih malu mengimbau semangat aku yang sampai beli buku motivasi..hadoi 3x.....*

kau buzz buzz aku di ym..kau mesej aku banyak kali..indah juga rasanya bila kau mula tercari-cari..

and sekarang...aku pula yang buzz,aku mesej..kau pula tidak reply..

*ketat terus muka aku,yawwwww....ketawa kuat-kuat*

tapi,tidak apa..kau selitkan "sorry,aku ada kuiz esok.."

hmmmm..study itu penting...baiklah,aku pun ada test sebenarnya..tapi,boleh pula sibuk pening kepala pikir pasal kau..
*aku sendiri bingung kenapa aku begini..

itulah bezanya kau dan aku kan..
tapi,mungkin satu hari nanti kita akan bahagia gila-gila dan tidak pening pasal hal kecil ini kan??
tidak lama lagi pun,tunggu lah weekend,pasti kau mesej aku gila-gila punya..*senyum

kau hebat..hebat mampu buat aku begini..masih begini..tidak pernah tidak begini..sejak kita berumur 14 tahun..tidak dapat aku nafikan..kau hebat..

dan aku hanya mampu berdoa,moga kau lah jodoh aku..sebab kalau tidak,berdosalah aku pada suamiku kerana aku memberikan cintaku kepada kau yang sepatutnya menjadi hak miliknya seorang..so,i wish,my deadly wish is you are the one..and please be the one!

25/02/2011..i still love you..like i did when i was 14..