JellyPages.com

Friday, January 28, 2011

oh bahasa inggeris,sungguh aku cinta padamu,tapi kali ini??

seumur hidupku yang sangat hidup ini, tidak pernah aku runsing sebegini kepada yang namanya bahasa inggeris..sungguh,aku cinta padanya..tapi kali ini??

yang namanya siti khairunisah binti samblih,sebenarnya agak jarang untuk bermasalah dengan BI..bukanlah 'perfect' mana, tapi bukan juga 'low' mana..

buat julung-julung kalinya, tahniah lah kepada miss BI ku semester ini,tahniah.. anda berjaya menterkejutkan(saja ja aku mau eja begini) sayaaa..saya sungguh terkejut bila anda dengan lancarnya "it makes me crazy to see a student can present such a perfect sentences, there are no grammatical error,nothing!its,its..its not your work,right?its like you just copy and paste it and make it like your own.."

so,aku persembahkan persembahan aku pada kamu pembaca blog(mungkin tiada yang baca,tapi aku mau cakap juga,hahahaha), hasil kerja yang baginya perfect itu..hasil kerja yang baginya seorang pelajar tidak mampu buat..yang pada pandanganku,ayat itu cuma pada tahap biasa, bukan luar biasa apa lagi perfect!!

DIFFERENCES

· One major difference between contact lenses and glasses that stand out when you compare the two is the field of vision.

· Glasses are tops with regards to offering good front vision, but are quite poor in the peripheral vision department. In contrast, contact lenses offer both front vision and peripheral vision without any problems. This means you wont be limited to just looking straight ahead. You can look anywhere you want while wearing them.

· Another difference between contact lenses and glasses is the weight.

· With glasses, their added weight can eventually become uncomfortable as they rest on your ears and face. Not only that, they also need to be tightened and adjusted frequently since they tend to slide down your face, something that can very annoying. Contact lenses hardly weigh anything, and when you wear them you don't have to worry about tightening or adjusting them at all.

· In addition, glasses are also known to fog up, and become a distraction when playing any type of sports. On the other hand, contact lenses dont fog up, and they don't limit what you can do when you play sports, since they wont fall off or slide down your nose--contact lenses re practically worry-free.

· More often than not, you need to match your glasses with whatever you wear. This can be unfortunate if you're concerned with style, because you have to consider things like coordinating frames and colors with your attire, which can be quite bothersome. This isn't the case with contact lenses, as they compliment everything you wear, mainly because contact lenses don't stand out and are hardly visible.

SIMILARITIES

· While differences exist between contact lenses and glasses, they do have a few things in common. For example, both require cleaning and careful handling. Glasses need to be sprayed and wiped several times a day when necessary. Cleaning contact lenses is more tedious because they have to be soaked in solution and cleaned before they are placed in the eyes. And when your eyes start to dry out while wearing them, some eye drops might be needed as well.

· Astigmatism occurs when vision is impaired by an oddly-shaped cornea, and is more common in older people. Though most people have the mistaken notion that only glasses will correct this problem, either glasses or contact lenses can be worn to correct astigmatism.

· Perhaps the best thing about both contact lenses and glasses is that you can get them at very affordable prices. They will be the best purchase that you can make, particularly if you realize that you'll probably be using them for the rest of your life, so it's money that's well spent.




jadi,bagaimana??biasa bukan?sesungguhnya tidak aku nafikan memang lah aku ambil artikel tapi bukan lah bulat-bulat..paling menyakikatkan, "i cant see your effort", and WTH??hanya kerana group lain buat cantik-cantik, berwarna sana, berwarna sini,jadi kau mau cakap effort mereka lebih? sedangkan kau minta outline dan hanya kami yang buat outline tapi tidak pula kau persoalkan..aku salah juga,tidak pula aku dengar kau minta buat dalam bentuk presentation,kau cuma cakap present..means guna apa pun boleh kan?? aku berani botakkan kepala lah,tiada pun kumpulan yang buat tidak pakai internet..cumanya kau nampak sangat konon kami ni copy internet sebab kami buat outline, jadi sebiji2 ayat kami yang perfect tu kau nampak..


lagi satu, group aku yang sebenarnya 4 orang tapi yang bergerak cuma dua orang, dua lagi aku panggil sleeping partner..ketika kelas baru SMS izzati maisyarah 'mcm mna present nant?', dan izzati suruh mereka tanya aku, tapi haram, satu patah pun tidak tanya aku..kenapa? takut sebab aku sudah mula marah? kau takut di tempat yang salah kenapa? dan ketika aku mau menyerahkan tugas, rupanya mereka sudah memberitahu miss untuk membuat presentation sendiri..oh,terus seperti lagi "ku angkat kaki~~~~~,melangkah pergi~~~~,keluar dari~~~~~~........" aku pun lupa lagu siapa tu,haha..


hah,dengan ahli-ahliku begitu, dengan kepala yang agak berserabut,aku gagahkan membuat kerja yang kau suruh wahai pensyarahku..dan kau katakan tiada effort?


kedian kau suruh group aku buat sekali lagi..

F to the I to the N to the E..FINE..

semangat aku buat..sangat bersemangat..sumpah,kali ni aku tiada masuk internet pun,tiada!!maaf lah,tiada bukti aku dapat tunjukkan kepada kamu para pembaca,kerana aku sangtalah geram,selepas aku print satu-satunya cetakan untuknya,terus aku 'x' microsoft word tanpa save pun sebab aku malas mau simpan karya teragungku,hahahaha..


jadi,aku pun suruh lah izzati hantar sebab aku sudah berada dalam bas menuju ke KL semase kelasnya..dan seperti aku jangka, dia pun berkata "saya masih tak percaye lah siti khairunisah buat sendiri...."

Ya Allah,kalau aku tau begitu lah responmu wahai cikgu,akan ku rakam setiap detik masaku dalam menyiapkan tugasan itu,sungguh....


kenapa?kenapa dengan kami,cikgu?

tidak layak kah kami untuk hebat berbahasa inggeris,cikgu?

kenapa kau ragu-ragu dengan BI budak melayu,cikgu?

sedangkan bukan kau yang mengajar kami dari kecil,cikgu?

belum pernah sekali pun kau test kami cikgu,

bagaimana pula kau tahu tahap kami untuk kau pertikaikan kebolehan kami dalam BI,cikgu?

sungguh kami terasa dengan pandangan serongmu terhadap kami,cikgu..

mungkin kami tidak sehandal kau,cikgu..

mana mungkin kami akan sehandal kau..

tapi,sekurang-kurangnya kami cuba,cikgu..

mungkin kau lulusan universiti ternama,cikgu..

tapi jangan juga kau pandang rendah pada kami,cikgu..

kerana tempat bukan menjadi ukuran prestasi,cikgu..

semuanya daripada inidividu itu sendiri,cikgu..

benih yang baik,tercampak ke mana-mana pun menjadi,cikgu..

jangan kau sangkalkan "kun faya kun" itu..

tidak pernah sekali-kali muridmu ini akan menghantar kerja tanpa usaha..

sungguh....

dengarkah kau derita ku pada BI yang ku cinta,cikgu??

aku hormat kau cikgu..sungguh..sebab aku pencinta BI,selamanya..


p/s: bukan kurang ajar..tapi berani bertempat..

Monday, January 24, 2011

berpada-pada dalam menunjuk-nunjuk

assalamualaikum..salam 1 malaysia....

maaf dipinta,kerana post ini pun berkisar tentang cinta..agaknya aku ini tiada benda lain lagi yang ingin dikatakan...

maaf juga dipinta kerana aku tahu post ini bakal mengguris perasaan, bukan mengguris sebenarnya, tetapi akan mengetuk pintu-pintu hati sekalian....maaf ya?? harus kau simpan di pikiranmu,ini blog aku, luahan pikiran aku, jadi adalah mustahil untuk kau ke blog aku dan mengharap untuk membaca apa yang kau harapkan, membaca apa yang sentiasa kau suka sahaja..

rasa ini, mungkin lebih kepada kurang senang...bukan membenci, bukan menyampah.. sekali lagi, rasa aku dan rasa kau tidak sama...

acapkali,apabila aku melalui ruangan Facebook dan twitter,maka bila sampai ke hari2 tertentu,akan timbul lah post "1 years and 4 months" misalnya....(angka itu adalah rekaan)

aku rasa kau pasti sudah tahu apa yang aku bakal perkatakan,bukan? *senyum..

(jangan risau,sebelum kau mengata,aku akan jelaskan..aku pun dulu begitu..ya,aku mengaku..tapi ingin aku katakan,apabila single begini, kau akan malu sendiri apabila ingat benda tu)

orang-orang selalu cakap, yang indah itu, tidak perlu selalu kau perkatakan, tidak perlu beritahu 1 dunia..tidak perlu terjerit terpekik "dunia,kami bahagia!!!!"..tidak perlu,sayang...tidak perlu..kerana apabaila kau bahagia,dunia sendiri akan nampak..tidak perlu kau canangkan..kerana apabila niat kau itu memang untuk menunjuk, sumpah! sumpah,aku menyampah..haha..dan bukan aku sahaja yang menyampah, ramai lagi yang ikut menyampah.. satu sebabnya,kerana niat kau itu untuk menunjuk, niat itu sudah salah, maka pastilah orang menyampah..

oh,bukan kerana aku jeles kau punya pasangan ya..tidak sekali2..tidak aku mati tanpa boyfriend..biarlah diri ini menanti pemilik yang halal.. maka, diamkanlah mulut mu yang tidaklah seseksi angelina jolie itu untuk menyalahkan aku apabila hatimu sekarang sudah tercucuk-cucuk akibat ayat2 aku..

dan kepada siapa aku tujukan post ini??bukan kepada semua yang membuat benda itu,bukan!
kepada yang membuatnya tetapi memang cinta kamu itu sentiasa bersemi, dari day 1 until the day of 4years 6months(angka adalah rekaan)...tahniah lah juga..sebab kau patut tahu,bukan mudah untuk pastikan cinta itu sentiasa ada,sepanjang masa..serius aku cakap, dalam dunia,mungkin 12.5% sahaja yang cintanya bersemi dari hari pertama sehingga mati kerana peratusan yang lain itu...50% mungkin berpisah dan selebihnya bertahan tetapi bukan kerana cinta,tetapi mungkin kerana setia dan perasaan takut ingin memulakan semuanya lagi dari awal....

dengan tiada rasa bersalahnya,aku tujukan post ini kepada yang tidak segan silu dan lalai,setiap bulan pasti akan mencanangkan berapa lama hubungannya itu tetapi...tetapi sebenarnya mereka di ambang keretakan ataupun sebenarnya rasa itu sudah tidak dikongsi bersama..hanya untuk memberitahu dunia yang "dunia,aku dan dia masih bersama!" aku menyampah,sumpah..

oh,timbul pula persoalan di otak kau nanti "macam mana pula perempuan ini boleh tahu yang kami di ambang keretakan??"

kerana kau buka pekung di dadamu sendiri sayang...kerana hari ini kau post "20 years and 5 months" tapi esoknya kau post "i wish to be loved".. and mulutku dengan lancarnya WTH??

jadi,nyata post ini bukan ditujukan kepada semua orang, aku yakin kau yang membacanya pintar untuk membezakan sama ada kau kah yang aku katakan atau bukan..jadi,jangan merapu dan mencarut aku sebelum kau pastikan adakah dirimu yang aku katakan..

lagi satu,kalau kau tidak buat,kenapa kau terasa..

ada beza antara kamu yang mencanang dan yang diam dan hanya menjawab apabila ditanya..nampak lebih sweet apabila benda ini hanya dijawab apabila perlu..rasa ini bukan dari aku saja, tapi dari majoriti..ini bukan mainan kata..aku serius...

ada yang ingin aku kongsikan..
ada yang berkata, jangan disebarkan sangat berapa panjangnya hayat hubungan kamu itu, kerana makin kamu perkatakan,makin pendeklah dia.. makin kamu bangga mencanangkan, makin cepatlah dia beransur pergi.. kita boleh pikir sendiri,sayang..perkahwinan ibu bapa, atau saudara2 kita..paling2 pun mereka akan cakap pada hari anniversary itu,bukan lah setiap bulan..perhatikan lah sendiri, adakah di kalangan yang sudah berumahtangga itu buat benda macam kau buat? "1 years and 6 months married",ada???? tiada kan?? jadi, sekarang,kau tidak rasa malu kah?? mereka itu pasangan yang sah, yang lagi layak mencanang pasal hubungan mereka pun tidak lah seheboh kau.. tapi kau?? yang sudah lah hubungan belum sah, bila keluar dating, terpegang sana, teraba sini..bila bermesej bercakap pasal benda bukan2, sharing info lelaki dan perempuan lah pula..yang lebih teruk? bertukar gambar yang tidak elok..yang bertudung,bagi gambar yang menunjuk rambut kpda boyfie..oh hellooooo, dia sudah bayar mas kahwin kah untuk kau bukakan segala yang patut kau sembunyikan sehingga tiba harinya?

jadi,sebenarnya...aku cuma ingin membawa kau sedikit ke jalan yang lurus..bukanlah jalanku ini lurus semuanya,tidak..jalan-jalan ku pun masih banyak yang terbengkok sana sini..tapi,sudilah kiranya menerima hasrat murniku ini..kerana aku tidak mahu kau termalu sana sini seperti aku apabila sudah single ini..mana pergi "4years 4 montshs" itu segala..kan??

ada lagi yang aku perhatikan..time couple,berhabis kau post setiap bulan tapi bila break,hilang entah ke mana post2 begitu..kenapa tidak kau tukarkan episod dan post "3 years and 6 months since we broke up"???? kan??

coretan ini bukan lah untuk kau sahaja..coretan ini turut mengenakan batang hidungku yang tidak mancung ini juga..pesanku,simpan-simpan lah rasa bahagia itu sendiri,musngkin ada manisnya..mungkin terasa lebih manisnya..betul aku cakap ni, kalau hubungan kau itu betul,suci,telus, tidak perlu kau canang, dunia akan tahu betapa indahnya kamu bila berdua....

salam perpaduan..haha..

Thursday, January 20, 2011

like you..

i like you..

no matter how hard i try not to like you,

no matter how hard i try to erase you,

i like you so much that i get upset i can't do that.....

Friday, January 14, 2011

rindu

saya rindu mau rasa orang tau kau saya punya..


"lelaki itu,siti khairunisah punya"