JellyPages.com

Thursday, August 5, 2010

05082010

"aku minta maaf selama ni aku buat salah..halalkan makan minum aku..hope ko akan jumpa lelaki yang sempurna n ble jaga ko..jaga makan,jaga kesihatan..study bagus2..salam.."


nda mungkin ada lelaki lain yang boleh jaga aku macam kau(selain ayah ok,mksud aku)..


kau buat aku sedih bila kau rasa ada lelaki lain yang boleh jaga aku daripada diri kau sendiri..sedih,sedih sangat..
kenapa kau nda yakin yang kau lah yang terbaik untuk aku..atleast,sehingga ALLAH yang tentukan kita memang ditentukan untuk nda bersama..


"kau bawa bersamamu,sebelah hatiku,separuh jiwaku,yang mampu,sempurnakan aku"


"bila kau ingin lupakan aku,ku tak tahu apalah daya"
maka,aku lepaskan hal ini kepada ALLAH..sebab DIA yang tentukan semuanya..
sebab aku yakin,bila cinta itu berlandaskan ALLAH,insyaAllah ada pengakhiran yang baik,dalam derita mahupun suka..

derma darah!♥ it~ =)

assalamualaikum para para sakura~~ ahhahahahaha..helo semua~


aku,apa aku buat ini hari??aku derma darah!!yeah..derma darah ok,darah..not dara,ooops~~ hahahahahhha..


this is the second time aku derma..=) first time hari tu aku derma d matrik..tp honestly,kali kedua nie mcm sakit sikit coz mcm nda pula aku dibius tadi..dibius cinta??hahahahhahah..
aku pigi sma izzati(my new fren,clasmate soulmate?hahahahah..),dia lagi terlebih semangat mau derma,tp haemoglobin dia nda cukup,ksian dia~~ ehheheheh..zati,try again next time ok,ehhehe..n zati,tanx coz tmankan aku ok..=)


so,about derma darah..people often says yang pas kita mnderma,maybe badan kita naik..maka,ingin aku clarify di sini,itu hanya mitos!!! hahahaha..aku ok ja pun since the 1st time..so tadi aku tnya kakak tu,"kak,mitos je ke naik badan pas derma darah?"(wah dengan slang smnanjung gtu,hahahaha)..n jwapnnya, "eh,x x..dulu,doktor bagi vitamin untuk tambah selera makan,tapi sekarang x dah..its only the body reaction..biasalah,dah body hilang darah,take time to develop darah,so we tends to feel hungry always..n we will eat a lot but depends dgan orang sbnarnya,jangan la layan sangat prasaan lapar tu..just keep on track,just follow jadual makan mcm biasa.."


maka,dermalah darah anda ok,=) seperti slogan
"Hari ini kita menderma esok mungkin kita memerlukannya." =)

toodles~~ assalamualaikum..have blast today!






tanx kawan2 yang sudi melawat..=)(azie,lina,aida,lisa)

tanx zati coz temankan aku dari mula smpai akhir..=)

yeah,a peace there..=)


kesakitan ka apa,aku xtau,ahahhahaha..



mengumpul kekuatan kali aa,=)..









Wednesday, August 4, 2010

buat gadis kesayanganku~(as in iluvislam.com)


Gadisku…


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Gadisku…


Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.


Gadisku…


Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.





Gadisku…


Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.


Gadisku…


Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.



Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

pesan saidatina aisyah


Saidatina Aisyah pernah berpesan:


"sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang & tidak dipandang"

jangan kau berasa bangga jika kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,itu bukan kemuliaan bagimu..

tapi itu adalah satu penghinaan kerana jika kau berasa bangga,kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa sahaja, dimana seorang pengemis pun mampu memilikinya..


tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad yang hanya mampu dimiliki oleh penghuni syurga sahaja..


subhanallah~