JellyPages.com

Wednesday, August 4, 2010

buat gadis kesayanganku~(as in iluvislam.com)


Gadisku…


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Gadisku…


Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.


Gadisku…


Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.





Gadisku…


Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.


Gadisku…


Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.



Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

pesan saidatina aisyah


Saidatina Aisyah pernah berpesan:


"sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang & tidak dipandang"

jangan kau berasa bangga jika kecantikanmu dikejar jutaan lelaki,itu bukan kemuliaan bagimu..

tapi itu adalah satu penghinaan kerana jika kau berasa bangga,kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa sahaja, dimana seorang pengemis pun mampu memilikinya..


tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,

Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad yang hanya mampu dimiliki oleh penghuni syurga sahaja..


subhanallah~

Monday, August 2, 2010

yang terindah..♫


assalamualaikum..=) salam sejahtera..

aku dalam mood jiwang pula nie malam..hahahahahaha..
yang terindah~~

soo,umumnya lagu ini untuk kamu suma la,para pengikut2 setaku,stalker ku,pmbaca2 ku..=)

tapi khususnya kepada kau,mr kau-tau kau-sapa..=)




(cuba bayangkan aku yang nyanyi..)hahahahha..





love,insyaAllah kau la satu2nya..=)


p/s:untuk kali ini,tiada apa2 aku mau sembunyikan..






Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


inilah cinta hatiku,putera hatiku sejak aku 14tahun..=)













Adanya sejenis cinta yang senyap,
Pengorbanannya juga bersendirian,
Kelembutannya mungkin merupakan kegigihan..

Adanya sejenis cinta yang tidak jelas,
Kelembutannya mungin adalah kekeliruan,

Adanya sejenis cinta yang tiada bentuk,
Pengorbanannya mungkin disebabkan harapan,
Berharap orang yang dicintainya,
Akan mempunyai kehidupan yang lebih bermakna..

Pelepasan ia dengan berat hati,
Sebab cinta yang mendalam,
Baru pilih untuk melepaskan kawu pergi..





ini kami..♥

perjalanan cinta aku mungkin tidaklah sesenang kamu..tapi setiap saat sejak aku kenal dia adalah manis..walaupun yang kamu nampak cuma derita,percayalah tiada lain yang ku rasa selain bahagia kerana dia lah yang terindah..=)

Friday, July 30, 2010

aku ingin menjadi lebih baik

assalamualaikum,selamat bejumpa lagi,di alam maya tentunya,hehe..
tajuk,aku ingin menjadi lebih baik..baca tajuk pun tau sudah apa yang aku mau cakap kan,ahaha..
aku ini manusia biasa,perempuan biasa..aku nakal walaupun bukan la yg hu ha hu ha tu..
aku alpa dengan kehidupan,ibadahku belum sempurna..aku mau berubah ok..
zaman sekarang ini,orang kehairanan kalau ada yang cukup sembahyangnya,subhanallah..terbalik sudah dunia??patutnya kita kehairanan kalau ada yang x lengkap sembahyangnya..bukan begitu??
hati aku tiba2 jadi sayu,tadi ada yang bertanya..
"sapa berani jamin dia akan sampai bilik dengan selamat?"
tak terjawab aku..terdiam dan terus berfikir..
"kun faya kun"
kalau Allah cakap jadi,maka jadilah..
kalau Allah takdirkan aku meninggal dalam perjalanan balik ke bilik,maka meninggallah aku..
sedang Allah tidak pernah melupakan hambanya,aku pula selalu melupakannya..masyaAllah..
ya Allah,biarlah hidup dan matiku ini keranaMu..kau jagakan lah hatiku ini agar sentiasa berada di landasan Mu..